Gambaran makro global untuk 09/08/2016:
Laporan mengenai pengeluaran perindustrian United Kingdom telah dikeluarkan pada pagi ini dan ia ternyata mencatatkan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Selain itu, data adalah yang paling kuat sejak suku tahun 1999, walaupun sebelum undian Brexit. Walau bagaimanapun, jumlah yang dilaporkan adalah pada tahap 0.1% m/m (1.6% y/y), manakala pasaran menjangkakan satu lagi bacaan negatif -0.1% m/m. Pejabat Statistik Negara melaporkan bahawa kelengkapan pengangkutan merupakan faktor terbesar yang mendorong kepada kenaikan suku tahunan dalam pengeluaran perindustrian dan sangat sedikit responden melaporkan kesan Brexit adalah negatif. Kesimpulannya, satu laporan yang agak baik pada ekonomi UK tidak akan mengubah pandangan negatif masa hadapan untuk negara ini selepas semua perjanjian antarabangsa diselesaikan.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal bagi pasangan mata wang GBP/USD dalam carta harian. Aliran penurunan harga telah berjaya membawa harga berdagang di bawah sokongan penting pada tahap 1.3062 dan ia kini kelihatan seolah-olah jualan besar-besaran berpotensi untuk mempercepatkan pergerakkan harga ke arah tahap 1.2849-1.2801.

