logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 12 Ogos, 2016

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 12 Ogos, 2016

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 12 Ogos, 2016

Ringkasan Gelombang:

Lonjakan harga daripada tahap rendah 112.67 tidak kelihatan konstruktif dan memberikan lebih banyak tekanan kepada aliran menaik selepas harga membuat pembetulan kecil ke tahap 113.32. Setelah pembetulan kecil ini selesai, lonjakan harga yang kuat pada rintangan minor terdahulu pada tahap 114.17 dijangka akan meneruskan kesinambungan pergerakkan harga yang lebih tinggi sekurang-kurangnya ke tahap 115.02 dan mungkin juga lebih tinggi ke arah tahap 116.50.

Pada ketika ini, kami akan menjadi lebih fokus sekiranya kenaikkan harga yang berterusan gagal untuk menembusi di atas tahap 114.17 kerana ia akan menunjukkan bahawa kenaikkan pada tahap rendah 112.58 sahaja akan menjadi pembetulan dan akan memanggil aliran penurunan harga baru ke bawah tahap 112.58.

Cadangan Perdagangan:

Kami akan kekal membeli daripada tahap 113.27 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 112.60. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 113.32 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 113.80 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 112.60.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan