
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menurun. Pasangan mata wang kini dilihat sedang menunjukkan momentum penurunan harga yang kuat selepas menembusi arah bawah daripada garis arah aliran menaik sejak 30 September. Selain itu, proses pembentukkan tahap harga tinggi yang lebih rendah dan tahap harga rendah yang lebih rendah tidak terjejas, yang perlu mengesahkan prospek dagangan negatif. Selain, penurunan pada purata pergerakkan (MA) tempoh 50 memainkan peranan sebagai rintangan. Di samping itu, indeks kekuatan relatif telah mencapai di bawah paras 30. Kesimpulannya, selagi paras harga 0.7250 melidungi aliran menaik, maka pasangan mata wang ini diramalkan akan jatuh ke paras harga 0.7155 pada mulanya, dan kemudian ke paras harga 0.7130 dalam lanjutan.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7155. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7130. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7250. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7300 dan sasaran kedua pada tahap 0.7330.
Tahap Rintangan: 0.7300, 0.7330, 0.7350
Tahap Sokongan: 0.7155, 0.7130, 0.7095
