
NZD/USD dijangka diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana rintangan utama di 0.7170. Pasangan tersebut menembusi diatas 20 dan 50 moving average dan kekal dengan pergerakan menaik. Indeks kekuatan relatif adalah di atas tahap neutral pada 50 dan bergerak ke atas. Walau bagaimanapun, 0.7170 (10 Nov bawah) memainkan peranan rintangan utama yang harus menghadkan potensi kenaikan harga. Walaupun kesinambungan lantunan teknikal tidak boleh diketepikan, pergerakan adalah terhad. Selagi tahap 0.7170 tidak ditembusi, pasangan tersebut mungkin kembali ke tahap 0.7070 (tahap rendah sebelumnya). Satu penembusan harga di bawah tahap ini akan meneruskan penurunan harga seterusnya ke arah 0.7020.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah pivot point. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah pivot point tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7070. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7020. Pivot point kekal berada pada tahap 0.7170. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas pivot point, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7230 dan sasaran kedua pada tahap 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300, 0.7345
Tahap sokongan: 0.7075, 0.7020, 0.6960
