Saya telah memberi amaran kepada kenaikan harga Dolar bahawa pembetulan yang tidak dapat dielakkan. tindakan harga semalam berasaskan penarikan semula harga dan pasaran meneruskan penurunan ke arah 100. Indeks Dollar telah menembusi tahap sokongan bagi jangka pendek dan mengesahkan pembalikan arah aliran jangka pendek.

Garisan Biru - sokongan (penembsuan harga)
Garisan merah - "flag" menurun
Indeks Dollar telah melakukan penembusan harga di bawah Ichimoku cloud dan di bawah arah aliran garisan sokongan . Kali terakhir Indeks Dollar melakukan penembusan harga dan ke atas atau di bawah Ichimoku cloud adalah pada 96.50 dan harga bergerak 5.5 mata lebih tinggi. Kita juga dapat melihat "flag" menurun terbentuk pada carta 4-jam dengan sokongan di 99.92. Jika berlaku penembusan harga kita perlu melihat indeks harga menolak ke tahap lebih rendah ke arah 98.

Garisan hijau - Garisan arah aliran sokongan
Graf lilin mingguan telah bertukar menjadi warna merah dan bergerak ke tahap rendah bagi mengesahkan trend pembalikan harga pada tahap yang lebih rendah. Dengan oscillators pada tahap terlebih beli dan dengan perbezaan penurunan harga dalam stochastic, pergerakan tidak menunjukkan menaik. sokongan mingguan pada 99.35 dan seterusnya di 97.55. Cloud sokongan dan garis arah aliran sokongan pada 96.20. Selagi harga berada di atas garisan kenaikan harga, pergerakan menaik mempunyai harapan untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi baru.
