logo

FX.co ★ Analisis teknikal NZD/USD Untuk 20 Disember , 2016

Analisis teknikal NZD/USD Untuk 20 Disember , 2016

Analisis teknikal NZD/USD Untuk 20 Disember , 2016

Pasangan mata wang NZD/USD dijangka akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga apabila pergerakan pasangan tersebut dihadkan oleh garis arah aliran menurun. Dari pandangan teknikal, pasangan mata wang ini kekal di bawah tekanan, dan kini sedang bergerak ke bawah, dihadkan oleh garis arah aliran menurun. Pergerakan pada tahap tinggi dan rendah yang lebih rendah tidak terjejas, dan indeks kekuatan relatif adalah menurun disekitar tahap neutral pada 50. Sebagai kesimpulan, selagi tahap 0.6965 kekal pada kenaikan harga, mencari kembali tahap 0.6890 dan seterusnya 0.6850.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6890. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6850. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6965. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7000 dan sasaran kedua pada tahap 0.7045.

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7045, 0.7080

Tahap sokongan: 0.6890, 0.6850, 0.6800

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan