logo

FX.co ★ Analisis teknikal NZD/USD untuk 22 Disember , 2016

Analisis teknikal NZD/USD untuk 22 Disember , 2016

Analisis teknikal NZD/USD untuk 22 Disember , 2016

Pasangan mata wang NZD/USD berada di bawah tekanan kerana harga terperangkap pada garis arah aliran menurun sejak 16 Disember, kekal di bawah 0.6925.

Sementara itu moving average 20 kekal di bawah 50. Pagi ini,Pejabat Statistik New Zealand melaporkan bahawa jumlah KDNK meningkat 1.1% dari suku ke suku tahun ketiga (berbanding + 0.8% dijangka, + 0.7% pada S2).

Sebagai kesimpulan, selagi tahap 0.6925 tidak melakukan penembusan harga ke atas, penembusan harga di bawah 0.6850 adalah berkemungkinan.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6850. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6825. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6925. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6945 dan sasaran kedua pada tahap 0.6965.

Tahap rintangan: 0.6945, 0.6965, 0.7015

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6825, 0.6775

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan