logo

FX.co ★ Analisiis teknikal USD/JPY untuk 2 Januari , 2017

Analisiis teknikal USD/JPY untuk 2 Januari , 2017

Analisiis teknikal USD/JPY untuk 2 Januari , 2017

Pasangan mata wang USD/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut melakukan penarikan semula harga pada hari Jumaat lepas, dan kini menguji tahap sokongan berhampiran tahap 114.00. Risiko penurunan harga di bawah tahap tinggi, kerana indeks kekuatan relatif menunjukkan arah aliran yang tidak jelas, tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga.

Dolar AS menunjukkan beberapa tanda-tanda lantunan harga selepas pengumuman data ekonomi. Walau bagaimanapun, momentum menaik menunjukkan keadaan yang tidak stabil. Indeks Dollar AS ICE berakhir pada 101.18 (tahap tinggi pada 101.67), penurunan kepada 0.2% pada hari ini dan meneruskan penurunan harga untuk sesi ketiga.

Di mana, selagi tahap 114.80 kekal dengan pergerakan menaik, penurunan harga seterusnya seolah-olah bergerak ke arah 113.75 (12 Jan di tahap rendah).

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 113.75. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 113.40. Titik pangsi kekal berada pada tahap 114.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 115.20 dan sasaran kedua pada tahap 115.65.

Tahap rintangan: 115.20, 156.65, 116.05

Tahap sokongan: 113.75, 113.40, 113.00

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan