logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY Untuk 06 Mac, 2017

Analisis Teknikal GBP/JPY Untuk 06 Mac, 2017

Analisis Teknikal GBP/JPY Untuk 06 Mac, 2017

Pasangan mata wang GBP/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut telah disokong oleh penurunan moving average 20, dimana ia kekal di bawah moving average 50. Dan indeks kekuatan relatif menurun di bawah kawasan neutral pada 50, dan tidak mempunyai momentum menaik. Kecenderungan urusniaga harian kekal menurun.

Selagi tahap 140.15 tidak ditembusi ke atas,pergerakan penurunan harga bergerak ke arah 139.25 dan 138.90 sebagai sasaran

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 138.25. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 138.90. Titik pangsi kekal berada pada tahap 140.15. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 140.45 dan sasaran kedua pada tahap 140.80.

Tahap Rintangan: 140.45, 140.80, dan 141.20

Tahap Sokongan: 139.24,138.90, dan 138.50

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan