
Pasangan mata wang GBP/JPY dijangka akan diniagakan dengan kecenderungan menurun. Pasangan mata wang tersebut menembusi di bawah tahap sokongan sebelum ini pada 139.95, yang kini perlu memainkan peranan sebagai tahap rintangan utama. Kedua-dua moving average 20 dan 50 menunjukkan pergerakan menurun dan perlu memainkan peranan sebagai tahap rintangan. Sementara itu, indeks kekuatan relatif telah menembusi tahap 30,dimana ia kekurangan momentum menaik.
Oleh itu, selagi tahap 139.95 kekal sebagai tahap rintangan utama, jangkaan penembusan harga di bawah tahap sokongan berhampiran tahap 139.30 pada mulanya. Penembusan harga di bawah tahap 120.30 membolehkan penurunan harga selanjutnya ke tahap 139.00 adalah berkemungkinan.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 139.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 139. Titik pangsi kekal berada pada tahap 139.95. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 140.25 dan sasaran kedua pada tahap 140.55.
Tahap Rintangan: 140.25, 140.55, dan 140.95
Tahap Sokongan: 139.30,139.00, dan 138.45
