
Pasangan mata wang USD/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut mempercepatkan pergerakan menurun dan didagangkan di bawah moving average 20 dan 50, dimana ia memainkan peranan sebgaai tahap rintangan dan mengekalkan kecenderungan menurun. Indeks kekuatan relatif menembusi di bawah tahap terlebih beli sebanyak 30, tetapi masih belum menunjukkan sebarang isyarat pembalikan.
Oleh itu, selagi tahap 114.00 tidak ditembusi, mencari penurunan harga seterusnya pada tahap 112.55 dan 112.00.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 112.55. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 112.00. Titik pangsi kekal berada pada tahap 114.00. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 114.45 dan sasaran kedua pada tahap 114.85.
Tahap Rintangan: 114.45, 114.85, dan 115.20
Tahap Sokongan: 112.55, 112.00, dan 111.65
