
Pasangan mata wang GBP/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut menembusi di bawah garis arah aliran menaik sebelumnya, dan mungkin akan mencatatkan pergerakan penurunan harga. Pergerakan penurunan harga antara moving average 20 dan 50 baru sahaja dikenal pasti (isyarat penurunan harga yang kuat). Akhir sekali, indeks kekuatan relatif adalah menurun dan meneruskan pergerakan penurunan harga.
Sebagai kesimpulannya, selagi tahap 138.50 tidak ditembusi,pergerakan penurunan harga mungkin ke arah 137.50 dan 137.10 .
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 137.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 137.10. Titik pangsi kekal berada pada tahap 138.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 138.95 dan sasaran pertama berada pada tahap 139.00 dan sasaran kedua pada tahap 139.45.
Tahap Rintangan: 139.00, 139.45, dan 140.15
Tahap Sokongan: 137.50,137.10, dan 136.70
