logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD Untuk 10 April , 2017

Analisis Teknikal EUR/USD Untuk 10 April , 2017

Analisis Teknikal EUR/USD Untuk 10 April , 2017

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasaran harga dibuka di bawah titik pangsi mingguan (1.0650). Ia meneruskan pergerakan ke bawah dari tahap 1.0650 ke bawah di sekitar 1.0579. Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat pada tahap 1.0650 diikuti oleh tahap 1.0699, manakala tahap sokongan harian 1 dilihat pada tahap 1.0542. Pasangan mata wang EUR/USD menembusi tahao sokongan, yang bertukar menjadi tahap rintangan kecil pada tahap 1.0590 pagi ini. Pasangan mata wang tersebut sedang didagangkan di bawah tahap ini. Ia mungkin berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi tahap ini kekal di bawah tahap rintangan yang dijangka bertindak sebagai tahap rintangan kecil hari ini. Ini akan menunjukkan penurunan harga pasaran kerana penunjuk RSI masih dalam kawasan negatif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda perubahan arah arah aliran pada masa ini. Pada pertengahan peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD masih bergerak di antara tahap 1.0590 dan 1.0493, oleh itu kami menjangkakan julat 97 pips dalam tempoh yang akan datang. Oleh itu,tahap rintangan kecil boleh didapati pada tahap 1.0590 yang menunjukkan isyarat yang jelas untuk menjual dengan sasaran harga dilihat pada tahap 1.0542. Jika arah aliran ini menembusi tahap sokongan kecil pada tahap 1.0542, pasangan mata wang ini akan bergerak ke bawah bagi meneruskan perkembangan arah aliran menurun ke tahap 1.0493 untuk menguji double bottom pada carta H4. Secara keseluruhan, kami masih memilih senario penurunan harga, yang menunjukkan bahawa pasangan itu akan kekal di bawah tahap 1.0650 hari ini.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan