logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 13 April , 2017

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 13 April , 2017

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 13 April , 2017

Pasangan mata wang USD/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut mempercepatkan pergerakan ke arah bawah selepas melakukan penembusan harga di bawah sempadan yang lebih rendah pada saluran yang semakin meningkat. Momentum ke bawah diperkukuhkan lagi oleh penurunan moving average 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif juga berada di bawah garis arah aliran yang semakin meningkat sejak 11 April.

Oleh itu, selagi tahap 109.40 tidak ditembusi, mencari pergerakan penurunan harga seterusnya ke arah 108.50 dan 107.95.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 108.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 107.95. Titik pangsi kekal berada pada tahap 190.40. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 109.85 dan sasaran kedua pada tahap 110.20.

Tahap Rintangan: 109.85, 110.20, dan 110.50

Tahap Sokongan: 108.50, 107.95, dan 107.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan