logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 5 Mei, 2017

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 5 Mei, 2017

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 5 Mei, 2017

Tahap rintangan utama pasangan mata wang USD/JPY dilihat pada tahap 112.70. Pasangan mata wang ini pulih dan mencabar penurunan moving average 20 tersebut. Walau bagaimanapun, tahap utama di 112.70 dan moving average 50 memainkan peranan sebagai tahap rintangan. Indeks kekuatan relatif adalah di bawah paras neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum menaik.

Selagi tahap 112.70 kekal menaik, mencari penurunan harga seterusnya ke arah 111.95 dan seterusnya 111.75.

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, di dagang dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 113.15 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 113.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 111.95 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 111.75. Titik pangsi terletak pada tahap 112.25.

Tahap Rintangan: 113.05, 113.40, dan 113.85

Tahap Sokongan: 111.95, 111.75, dan 111.20

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan