Pasangan mata wang ini telah menambah tekanan kepada aliran penurunan harga dan harga kini sedang mencuba untuk menguji kawasan kritikal seterusnya di sekitar tahap 1.2547, sebagaimana harga dilihat telah berjaya menembusi tahap rendah pada Jumaat lepas. Walau bagaimanapun, ekoran penurunan mendadak, mata wang GBP/USD iniberkemungkinan akan mula membuat beberapa lantunan untuk mencapai tahap rintangan 1.2753 dalam usaha untuk memadamkan beberapa kerugian.

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.2753 / 1.2826
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.2660 / 1.2547
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.2660, take profit pada tahap 1.2547 dan stop loss pada tahap 1.2773.
