logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 15 Jun, 2017

Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 15 Jun, 2017

Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 15 Jun, 2017

Ringkasan Gelombang:

Penurunan pembetulan harga daripada tahap 1.6237 dilanjutkan ke tahap yang lebih rendah 1.5369, ia tidak memberikan kejutan yang besar kerana pasangan mata wang ini kekurangan momentum menaik. Penurunan terakhir ke tahap 1.5369 diikuti dengan kekurangan momentum penurunan harga yang ketara sekaligus menandakan pembetulan menurun akhir mungkin telah berlaku. Untuk mengesahkan gambaran ini, harga perlu menembusi di atas garis rintangan yang terletak pada tahap 1.5567 dan yang lebih penting adalah penembusan harga di atas 1.5633 bagi membolehkan harga mencapai tahap 1.5931 dan 1.6237 dalam pergerakkan yang lebih tinggi ke tahap 1.6655 dalam dagangan jangka panjang.

R3: 1.5724

R2: 1.5633

R1: 1.5567

Pangsi: 1.5525

S1: 1.5490

S2: 1.5439

S3: 1.5369

Cadangan Perdagangan:

Kami meletakkan pesanan membeli EUR daripada tahap 1.5540 dengan Stop Loss diletakkan pada tahap 1.5340. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.5567 dengan stop loss ditahap yang sama.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan