logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Julai, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Julai, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Julai, 2017

Gambaran Keseluruhanh:

  • Pasangan mata wang USD/CHF meneruskan dagangan dalam aliran menaik daripada tahap 0.9623 dalam dagangan jangka panjang. Adalah perlu diingatkan bahawa sokongan yang ditetapkan pada tahap 0.9623 adalah mewakili tahap penarikan semula harga 38.2% pada carta 1H.

  • Harga cenderung untuk membentuk bahagian 'double bottom' untuk dagangan jangka panjang. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF kini sedang menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9666.
  • Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan beli di atas tahap 0.9623 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.9698 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 0.9737 (double top).
  • Juga, perlu diingatkan bahawa tahap 0.9737 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan kedudukan Take Profit sebagaimana ia diramal akan membentuk 'double top'.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya pembalikan harga berlaku dan pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.9623, maka penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.9575 boleh berlaku sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga.
  • Juga, perlu diperhatikan bahawa bahagian 'double bottom' kini kelihatan pada harga 0.9553.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan