
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF meneruskan pergerakkan menaik daripada tahap 0.9649. Semalam, pasangan mata wang ini telah menyaksikan peningkatan daripada tahap 0.9649 (tahap 0.9649 adalah bersamaan dengan nisbah penarikan semula Fibonacci 38.2%) ke tahap tertinggi sekitar 0.9680. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada 0.9582, manakala rintangan harian 1 pada tahap 0.9710.
Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat masih bergerak di antara tahap 0.9649 dan 0.9710; Untuk itu, kami menjangkakan sekurang-kurangnya 61 pips (0.9710 - 0.9649). Pada carta satu jam, rintangan segera dilihat terletak pada tahap 0.9710, yang bersamaan dengan nisbah penarikan semula Fibonacci 61.8%. Pada masa ini, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa pasangan mata wang ini masih dalam pasaran aliran menaik. Harga masih diniagakan di atas Moving Average (100), Oleh itu, sekiranya harga berjaya menembusi rintangan pertama yang terletak pada tahap 0.9710, maka adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan melonjak mencecah ke tahap rintangan harian 0.9752 untuk menguji. Para pedagang disyorkan untuk mempertimbangkan kedudukan untuk menetapkan pesanan stop loss; Ini harus ditetapkan di bawah sokongan kedua, iaitu pada tahap 0.9582.
