EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah diterbalikkan ke arah bawah pada semalam, tetapi itu tidak membatalkan kecenderungan kenaikkan harga di dalam pasaran. Harga kini diniagakan di atas garis sokongan 1.1400, dan ia mungkin melonjak lebih tinggi daripada tahap tersebut, mensasarkan pergerakkan ke arah garis rintangan yang masing-masing terletak pada tahap 1.1450 dan 1.1500. Ini boleh membantu memberi lebih tekanan terhadap kecenderungan kenaikkan harga terkini.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF dilihat sedang diniagakan dalam mod zigzag, dan para pedagang dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada memasuki pasaran mata wang ini sehingga terdapat pergerakkan harga yang jelas. Pergerakan zigzag yang berterusan akan menjadikan pasaran kelihatan tidak menarik, sementara pergerakan di atas tahap rintangan 0.9750 akan membantu menghasilkan isyarat kenaikan harga. Pergerakan di bawah tahap sokongan 0.9550 akan membawa kepada isyarat penurunan harga yang jelas. Volatiliti ini diperlukan dalam pasaran mata wang USD/CHF, untuk membolehkan matlamat dicapai.

GBP/USD: Terdapat isyarat kenaikkan harga pada pasangan mata wang ini dalam dagangan jangka pendek dan harga telah menembusi wilayah pengumpulan 1.2900 menuju ke tahap harga yang lebih tinggi, dan harga kini sedang menghampiri wilayah pengedaran 1.2950 (berpotensi untuk ditembusi dengan mudah untuk bergerak lebih tinggi) . EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas paras 50. Ini adalah petunjuk aliran kenaikan harga.

USD/JPY: Pasaran bagi pasangan mata wang ini telah membuat pembetulan penurunan harga pada baru-baru ini. Ini telah menimbulkan beberapa ancaman terhadap kecendrungan kenaikkan harga semasa, dan sebaik sahaja harga berada di bawah tahap permintaan 112.50, isyarat penurunan harga akan terbentuk. Sebaliknya, pergerakan menaik akan membantu mengembalikan keyakinan di dalam pasaran.

EUR/JPY: Pergerakan harga pada pasangan mata wang ini adalah hampir sama dengan pergerakkan pasangan mata wang USD/JPY. Kecenderungan kenaikkan harga semasa kini sedang berhadapan dengan ancaman, tetapi ia tidak boleh benar-benar berakhir sehingga harga berada di bawah zon permintaan pada tahap 128.00. Pergerakan harga di atas zon bekalan pada tahap 130.50 akan membantu mengembalikan Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam pasaran, namun ia memerlukan tekanan belian yang kuat.

