
Ringkasan Gelombang:
Pasangan mata wang ini dilihat masih dalam perdagangan julat. Kami menunggu penembusan harga di atas rintangan kecil pada tahap 1.5780 dan yang lebih penting adalah penembusan harga di atas tahap rintangan 1.5899 yang mengesahkan kesinambungan pergerakkan menaik ke tahap 1.6236 dan lebih tinggi.
Hanya penembusan harga yang tidak dijangka di bawah tahap 1.5419 akan melambatkan jangkaan kenaikkan harga yang lebih tinggi.
Cadangan Dagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR daripada tahap 1.5510 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.5410. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.5780 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.5410.
