EUR/USD: Masih terdapat kecenderungan kenaikkan harga di dalam pasaran, walaupun kecenderungan kini berada dalam ancaman (disebabkan oleh penyatuan jangka sederhana dalam pasaran). Pergerakan menurun hampir 200 pip akan mencetuskan kecenderungan penurunan harga, sementara pergerakan harga menaik kira-kira 100 pip dari sini akan mengukuhkan lagi kecenderungan kenaikkan harga.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini diniagakan mendatar pada Isnin dan Selasa; berjaya menguji tahap rintangan pada 0.9750 dan susut di bawah tahap rintangan 0.9700. Penurunan ini telah mewujudkan isyarat penurunan harga, yang sepatutnya dilanjutkan apabila harga meneruskan pergerakkan menurun, mencapai tahap sokongan yang terletak pada 0.9600 dan 0.9550.

GBP/USD: Terdapat Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam carta GBP/USD 4 jam. Harga telah bergerak lebih rendah pada minggu ini dan kini sedang mengukuh dalam konteks aliran menurun. Berikutan penyatuan harga tersebut, adalah diramalkan bahawa akan terdapat satu lagi aliran penurunan harga, yang membolehkan harga untuk menguji wilayah pengumpulan pada tahap 1.2950 dan 1.2900.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY kini diniagakan dalam aliran menurun - yang sepatutnya meneruskan aliran ke tahap yang lebih rendah. Tinjauan pada pasangan JPY masih melemah dan harga akan menguji tahap permintaan pada 109.50, 109.00 dan 108.50 dalam beberapa hari yang akan datang. Terdapat beberapa laporan ekonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan berpotensi untuk memberikan impak ke atas pasaran.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan susut kira-kira 200 pip pada minggu ini, menguji zon permintaan yang terletak pada tahap 128.50, sebelum volatiliti semasa dan tekanan aliran menaik melemah. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah paras 50. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga di dalam pasaran, yang menandakan penurunan harga selanjutnya akan berlaku.

