
Gambaran Keseluruhan:
- Seperti yang dijangka, pasangan mata wang NZD/USD ini masih meneruskan pergerakkan menurun daripada tahap 0.7288. Semalam, harga diniagakan susut daripada tahap 0.7288 (tahap harga ini adalah bersamaan dengan nisbah 23.6%) ke bahagian lebih rendah di sekitar tahap 0.7224. Pada hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7288 dan diikuti oleh tahap 0.7382, manakala sokongan harian 1 dilihat berada pada tahap 0.7175.
Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih diniagakan di antara tahap 0.7288 dan 0.7175; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 113 pips (0.7288-0.7175). Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini gagal untuk menebusi rintangan yang terletak pada tahap 0.7288, maka pasaran diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menurun ke tahap 0.7175. Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di wilayah positif dan tidak menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 0.7175 dengan sasaran untuk menguji tahap sokongan harian 1. Sebaliknya, jika harga menembusi tahap rintangan 0.7329, maka senario ini mungkin akan terbatal.
