
Pasangan mata wang ini telah mencapai semua sasaran yang kami ramalkan dalam analisis semalam. Harga kini diramalkan akan diniagakan dalam aliran menaik. Tinjauan teknikal bagi pasangan mata wang ini adalah positif sebagaimana harga menembusi paras harga tinggi yang lebih tinggi dan paras harga rendah yang lebih tinggi sejak 11 Ogos. Kenaikkan'moving average' 50 berperanan sebagai sokongan. Indeks kekuatan relatif berada di atas tahap neutral pada 50.
Oleh itu, selagi tahap harga 110.25 melindungi aliran menurun, perhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya ke tahap 110.85 dan 111.25.
Sebaliknya, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 110.25 dengan sasaran ditetapakan pada tahap 109.80.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Dagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 110.25, Take Profit: 111.25
Tahap Rintangan: 111.25, 111.70, and 112.05
Tahap Sokongan: 109.80, 109.40, 109.00
