logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 17 Ogos, 2017

Analisis Harian GBP/USD untuk 17 Ogos, 2017

Pasangan mata wang GBP/USD kembali diniagakan dalam aliran mendatar, sebagaimana harga dilihat mengukuh pada zon sokongan 1.2850. Tinjauan keseluruhan kekal memihak kepada aliran penurunan harga selagi pasangan mata wang ini diniagakan di bawah SMA 200 pada carta 1H, walau bagaimanapun ia kelihatan seolah-olah telah kehilangan sedikit momentum. Walau bagaimanapun, sekiranya harga berjaya menembusi di bawah tahap 1.2850, maka adalah diramalkan bahawa harga akan menurun sehingga mencecah ke tahap 1.2761.

Analisis Harian GBP/USD untuk 17 Ogos, 2017

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.2958 / 1.3021

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.2850 / 1.2761

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.2850, take profit pada tahap 1.2761 dan stop loss pada tahap 1.2938.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan