
Ringkasan gelombang:
Pasangan mata wang EUR/NZD telah membuat kenaikkan dengan baik seperti yang dijangkakan dan telah menguji tahap rintangan 1.6348. Aliran menaik pada gelombang merah iii dilihat tidak lengkap dan jangkaan kenaikkan harga ke tahap 1.6536 dan mungkin juga ke tahap 1.6636 masih kekal.
Sokongan jangka pendek dilihat terletak pada tahap 1.6289, yang secara idealnya akan melindungi aliran penurunan harga sekaligus membolehkan pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi. Sekiranya sokongan yang terletak pada tahap 1.6289 ini ditembusi, maka sokongan 'back-up' dilihat berada pada tahap 1.6247.
R3: 1.6636
R2: 1.6536
R1: 1.6394
Pangsi: 1.6300
S1: 1.6289
S2: 1.6247
S3: 1.6212
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR daripada tahap 1.6125 dan akan mengerakkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 1.6225. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.6289 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.6225.
