logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 September, 2017

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 September, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran mendatar dan kecenderungan di pasaran berkemungkinan akan menjadi netral sekiranya keadaan ini berterusan (kecuali jika harga berada di bawah garis sokongan 1.1750). Ini adalah mungkin apabila momentum kembali ke dalam pasaran, ia berkemungkinan besar akan memihak kepada isyarat kenaikan harga semasa, dan oleh yang demikian, garis-garis rintangan yang terletak pada tahap 1.1950 dan 1.2000 boleh dicapai.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 September, 2017

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini telah mengukuh untuk hampir 5 minggu - oleh itu tinjauan neutral di dalam pasaran. Adalah diramalkan bahawa akan terdapat kenaikan dalam momentum sebelum akhir minggu ini atau minggu hadapan, yang mana ia akan menghasilkan Corak Pengesahan Kenaikkan Harga (apabila harga meningkat kira-kira 150 pips), atau ia akan mengakibatkan Corak Pengesahan Penurunan Harga (apabila harga jatuh kira-kira 150 pip).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 September, 2017

GBP/USD: Isyarat kenaikkan telah dinyatakan pada pasangan mata wang ini sebagaimana ia diniagakan lebih tinggi sebanyak 120 pip pada minggu ini, membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam pasaran. EMA 11 dilihat berada di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50. Pergerakan menaik yang selanjutnya dijangka berlaku apabila harga melonjak naik 150 pips lagi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 September, 2017

USD/JPY: Isyarat penurunan harga yang jelas dinyatakan oleh pasangan mata wang USD/JPY. Harga diniagakan susut sejak awal minggu ini, berikutan terdapat jurang kecil di dalam pasaran. Sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap sokongan 108.00, 107.50 dan 107.00. Tahap sokongan 108.00 telah diuji pada sebelum ini dan dijangkakan akan diuji sekali lagi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 September, 2017

EUR/JPY: Sama seperti pasangan mata wang USD/JPY, EUR/JPY juga telah menghasilkan isyarat penurunan harga. Harga diniagakan susut lebih daripada 100 pips pada minggu ini, dan ia kini dilihat berada di bawah wilayah pengedaran pada tahap 129.50, dan sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini terletak di wilayah pengumpulan pada tahap 129.00, 128.50 dan 128.00, masing-masing.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 06 September, 2017

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan