logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 September, 2017

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 September, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran mendatar dan kecenderungan di pasaran berkemungkinan akan menjadi netral sekiranya keadaan ini berterusan (kecuali jika harga berada di bawah garis sokongan 1.1750). Ini adalah mungkin apabila momentum kembali ke dalam pasaran, ia berkemungkinan besar akan memihak kepada isyarat kenaikan harga semasa, dan oleh yang demikian, garis-garis rintangan yang terletak pada tahap 1.1950 dan 1.2000 boleh dicapai.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 September, 2017

USD/CHF: Terdapat sedikit isyarat penurunan harga pada instrumen dagangan mata wang ini. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan Julat% Williams 20 terletak tidak jauh dari kawasan terlebih belian (overbrought). Sebagaimana pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan menaik, USD/CHF akan diniagakan dalam aliran menurun, mensasarkan ke arah tahap sokongan 0.9550 dan 0.9500.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 September, 2017

GBP/USD: Terdapat isyarat kenaikan harga pada pasangan mata wang GBP/USD. Harga telah meningkat sebanyak 120 pips pada minggu ini, dan mengukuhkan lagi kecenderungan kenaikkan harga. Wilayah pengedaran pada tahap 1.3050 sedang diuji dan selepas harga menembusi lebih tinggi, satu lagi wilayah pengedaran pada tahap 1.3100 akan menjadi sasaran yang seterusnya untuk pasangan mata wang ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 September, 2017

USD/JPY: Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada pasangan mata wang USD/JPY, disebabkan oleh penurunan harga yang yang disaksikan dalam tempoh beberapa hari pertama pada minggu ini. Mana-mana kenaikkan harga yang dilihat pada pasangan mata wang ini akan diambil sebagai peluang untuk menjual dengan harga yang lebih baik. Terdapat beberapa laporan eonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan berpotensi untuk memberikan impak ke atas pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 September, 2017

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini juga diniagakan dalam aliran menurun - walaupun terdapat penarikan semla kenaikkan harga dalam konteks aliran menurun. Penarikan semula kenaikan harga semasa mungkin tidak dapat mengatasi penurunan harga di dalam pasaran kecuali apabila harga menembusi tahap bekalan 131.00 dan 131.50 untuk ke tahap yang lebih tinggi lagi. Kebiasaannya, pasangan mata wang EUR/JPY diramalkan akan jatuh daripada tahap ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 September, 2017

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan