
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan di atas tahap sokongan kuat 1.3079, yang mana ia adalah bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan aliran menaik. Oleh itu, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 1.3079 sebagaimana aliran harga masih menunjukkan pengukuhan di atas tahap tersebut. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran menaik diantara tahap 1.3079 dan 1.3350. Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan dalam aliran menaik daripada garis sokongan akhir 1.3079 ke arah tahap rintangan pertama pada 1.3210 untuk mengujinya. Ini disahkan oleh isyarat Indikator RSI bahawa pasangan mata wang masih dalam pasaran aliran menaik. Sekarang, pasangan mata wang ini mungkin akan memulakan pergerakan menaik sehingga mencecah ke tahap 1.3210 dan seterusnya ke tahap 1.3268. Tahap 1.3268 akan bertindak sebagai rintangan kedua dan 'double top' sudah ditetapkan pada titik 1.3350. Pada masa yang sama, sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap sokongan 1.3079, maka senario ini mungkin akan terbatal atau tidak sah. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, kami masih lebih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.
