logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 11 September, 2017

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 11 September, 2017

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 11 September, 2017

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan susut daripada tahap 1.2091 ke tahap lebih rendah 1.1998 pada pagi ini. Hari ini, pasangan mata wang EUR/USD telah menghadapi sokongan yang kuat pada tahap 1.1988 dan 1.1957. Oleh itu, harga telah berhadapan dengan sokongan yang kuat pada tahap 1.1988 dan 1.1957 dan pasangan itu diramalkan akan cuba mendekati tahap harga tersebut untuk mengujinya semula dan membentuk 'double bottom'. Oleh yang demikian, pasangan mat wang EUR/USD ini dilihat masih diniagakan dalam aliran menaik daripada kawasan sokongan baru 1.1988 dan 1.1957; untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Berdasarkan kepada peristiwa yang terdahulu, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan diniagakan di antara tahap 1.1960 dan 1.2050. Juga, adalah penting untuk dinyatakan bahawa rintangan utama dilihat terletak pada tahap 1.2059, sementara rintangan serta-merta didapati terletak pada tahap 1.2033. Kemudian, harga dijangka akan menguji tahap 1.2033 tidak lama lagi. Selain itu, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 1.2033, maka pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 1.2033. Penembusan harga pada tahap sasaran tersebut akan menggerakkan pasangan mata wang ini untuk diniagakan lebih tinggi hingga mencecah ke tahap 1.2059. Para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.1988 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2033; dan terus menuju ke tahap 1.2059. Sementara itu, pesanan stop loss harus diletakkan di bawah tahap sokongan utama 1.1957.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan