logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 September, 2017

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 September, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menaik - dan terdapat prospek kenaikkan harga di dalam pasaran pada minggu ini. Ini juga berlaku kepada pasangan EUR, sebagaimana ia dijangka akan melonjak lebih tinggi (dalam kebanyakan kes). Harga akan mencapai garis rintangan yang masing-masing terletak pada tahap 1.2050, 1.3000 dan 1.3050 (yang merupakan sasaran utama untuk minggu ini).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 September, 2017

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan dalam aliran menurun pada minggu lalu, jatuh di bawah tahap sokongan 0.9450 dan kemudian ditutup di atas tahap harga tersebut pada Jumaat. Adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan meneruskan dagangan pada tahap yang lebih rendah minggu ini, dan harga akan menguji tahap sokongan 0.9450, 0.9400, dan 0.9350. Selagi mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam aliran menurun, kenaikkan harga yang ketara pada pasangan mata wang USD/CHF tidak boleh dijangkakan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 September, 2017

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah meningkat sekurang-kurangnya 270 pips pada minggu lepas, meningkat pada awal minggu ini dan menguji wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.3200. Wilayah pengedaran ini telah diuji sebanyak beberapa kali dan akhirnya ditembusi untuk aliran kenaikan harga, sebagaimana harga mensasarkan ke wilayah pengedaran seterusnya pada tahap 1.3250, 1.3300, dan 1.3350.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 September, 2017

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini diniagakan susut hampir 250 pips pada minggu lalu, dengan penurunan kira-kira 660 pips sejak 11 Julai 2017. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga yang ketara di dalam pasaran, yang menunjukkan pergerakan lebih jauh ke selatan. Walau bagaimanapun, prospek pasangan JPY menunjukkan kenaikkan harga pada minggu ini, yang bermakna, sementara pergerakkan kenaikkan harga yang berpotensi, pasaran akan ditarik semula dan melonjak sebelum akhir minggu.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 September, 2017

EUR/JPY: Instrumen dagangan bagi pasangan mata wang ini telah menjadi neutral - kerana tidak ada pergerakan harga yang ketara dalam pasaran pada minggu lepas. Minggu ini, harganya dijangka akan bergerak menuju ke atas zon bekalan pada tahap 131.00 (kekal berada di atasnya) atau pergi di bawah zon permintaan pada 129.50, (kekal berada di bawahnya). Kecuali apabila salah satu daripada syarat-syarat ini dipenuhi, pasaran tidak boleh dikatakan sedang diniagakan dalam jangka pendek.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 September, 2017

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan