
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga di atas tahap 111.20. Pasangan mata wang ini dilihat mengukuh di atas sokongan utama pada tahap 111.20 (tahap rendah pada 19 September), yang sepatutnya mengehadkan potensi penurunan harga. Meskipun kesinambungan pengukuhan harga tidak berlaku, namun pergerakkan harga harus dihadkan.
Oleh yang demikian, di atas tahap 111.20, adalah diramalkan bahawa harga akan melantun semula ke tahap 111.85. Penembusan harga di atas tahap ini akan mencetuskan kenaikan baru ke tahap 112.10.
Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan menjual dicadangkan di bawah tahap 111.20 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 110.95.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 111.20, Take Profit: 111.85
Tahap Rintangan: 111.85, 112.10 dan 112.40
Tahap Sokongan: 110.95, 110.60, dan 110.20
