
Kesemua sasaran yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai. Pasangan mata wang kini diniagakan di atas Moving Average (MA) 20 dan 50 yang menaik, berperanan sebagai tahap sokongan dan mengekalkan kecenderungan kenaikkan harga. Indeks kekuatan relatif mendorong kepada kenaikkan harga yang baru. Potensi penurunan harga perlu dihadkan oleh sokongan utama yang terletak pada tahap 0.9645.
Seperti yang telah dijangkakan, Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah utama tidak berubah. Fed juga mengumumkan rancangannya untuk mula mengurangan kira-kira $4.2 trilion dalam pegangan bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan sekuriti yang menyokok gadai janji yang diperoleh selepas krisis kewangan 2008. Walau bagaimanapun, menurut unjuran yang dikeluarkan pada masa yang sama oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, bank pusat akan membuat satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini dan tiga kali pada tahun hadapan. Ini menimbulkan kejutan kepada pasaran, sebagaimana pelabur sebelum ini percaya bahawa siri bacaan inflasi yang lemah mungkin akan mengubah rancangan kewangan Fed.
Kesimpulannya, selagi tahap utama ini tidak ditembusi, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya ke tahap 0.9765 dan 0.9795.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9645, Take Profit: 0.9765
Tahap Rintangan: 0.9765, 0.9795, dan 0.98830
Tahap Sokongan:: 0.9625, 0.9590, dan 0.9550
