EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah melakukan pergerakan menurun dengan jelas. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di pasaran. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh Julat Williams% 20 berada di sekitar kawasan terlebih beli. Walaupun terdapat beberapa kemungkinan berlaku lantunan kenaikan harga pada carta, harga perlu melakukan pergerakan menurun.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF tidak melakukan pergerakan yang ketara pada minggu ini, walaupun masih terdapat kecenderungan kenaikan harga di pasaran. Pergerakan kenaikan harga seterusnya adalah dijangka, terutamanya apabila momentum pergerakan harga kembali pulih ke pasaran, dan ia boleh menjadikan harga bergerak ke arah tahap rintangan pada 0.9750 dan 0.9800.

GBP/USD: Terdapat beberapa isyarat untuk pasangan mata wang ini sekarang. Harga menunjukkan sedikit pergerakan menurun pada 25 dan 26 September, dan hampir menimbulkan ancaman kepada pergerakan kenaikan harga yang ada di pasaran. Terdapat kemungkinan harga akan melakukan pergerakan menaik dari sini; sekali gus mengulangi kecenderungan kenaikan harga di pasaran. Pergerakan penurunan harga seterusnya (sekitar 150 pips) boleh menyebabkan isyarat menurun.

USD/JPY: pasangan mata wang USD/JPY mempunyai isyarat kenaikan harga. EMA 11 berada di atas EMA 56, sementara tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50 (isyarat kenaikan harga). Terdapat juga Corak Pengesahan kenaikan harga dalam carta 4 jam, yang bermaksud harga boleh melakukan pergerakan kenaikan harga yang lebih tinggi,dan mencapai tahap bekalan di 112.50, 113.00 dan 113.50.

EUR/JPY: Sejak awal minggu ini,pasangan mata wang ini telah melakukan penarikan semula harga sebanyak 200 pip, dengan menguji zon permintaan pada tahap 132.00 sebelum membuat lantunan kenaikan harga semasa. Lantunan ke atas kelihatan sedikit dan boleh memberi peluang lain untuk menjual dengan harga yang lebih tinggi sedikit. Pasaran harga akan melakukan pergerakan menurun selagi EUR melemah terhadap Yen.

