
Gambaran keseluruhan
Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan lebih tinggi pada semalam. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi tahap 111.75 dan mengukuh di atasnya. Pada masa ini, pasangan mata wang diniagakan berubah-ubah di dalam julat mendatar. Harga bersedia untuk menguji rintangan yang terletak pada tahap 112.80 pada julat dagangan ini. Oleh yang demikian, adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang USD/JPY ini akan diniagakan dalam aliran mendatar untuk jangka pendek sehingga harga berjaya menembusi pada salah satu tahap julat perdagangan. Kemudian, pedagang boleh menentukan sasaran yang seterusnya. Sila ambil perhatian bahawa penembusan harga pada tahap 112.80 akan menolak harga untuk mencapai lebih banyak keuntungan dan mencecah ke tahap tinggi sebelumnya pada 114.49 sebagai tahap utama seterusnya. Sebaliknya, penembusan harga pada tahap 111.75 akan mendorong harga untuk diniagakan kembali dalam aliran penurunan harga utama. Sasaran menurun dilihat terletak pada tahap 110.90, dan diikuti oleh tahap 110.06. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 111.50 dan tahap rintangan 113.50.
