logo

FX.co ★ Fed menjangkakan lonjakan dalam pertumbuhan KDNK AS

Fed menjangkakan lonjakan dalam pertumbuhan KDNK AS

Fed menjangkakan lonjakan dalam pertumbuhan KDNK AS

Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer berkata, beliau menjangkakan lonjakan dalam pertumbuhan ekonomi AS pada masa yang akan datang.

Kami kini sedang menghampiri sasaran, " menurut Fischer. "Memandang ke hadapan, saya menjangkakan pertumbuhan KDNK akan merekodkan peningkatan pada suku akan datang, sebagaimana pelaburan telah pulih daripada situasi melemah dan pengukuhan dolar," katanya.

Walau bagaimanapun, pegawai itu tidak memberi sebarang pandangan mengenai prospek kadar pertukaran. Beliau juga menggesa dasar fiskal dan kawal selia yang lebih berkesan untuk membantu meningkatkan produktiviti negara.

Sementara itu, bank pusat AS kini sedang menghadapi dilema mengenai soal berapa segera ia perlu menaikkan kadar faedah. Ekonomi Amerika Syarikat telah menunjukkan pertumbuhan yang sederhana, meningkatkan peluang pekerjaan baru, dan sedikit peningkatan dalam inflasi. Bank pusat menaikkan kadar faedah dari hampir sifar pada Disember tahun lalu, dasar monetari pertama diperketatkan sejak 7 tahun yang lalu.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan