
Analisis bebas menunjukkan bahawa negara-negara kaya cenderung untuk menunjukkan keputusan yang lebih baik dalam pertandingan antarabangsa. United Kingdom menjadi topik perbualan hangat di Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini apabila ia memenangi 27 pingat emas dan mengambil tempat kedua dengan kiraan pingat. Populasi negara-negara kaya kebiasaannya sihat dan kerajaan mereka boleh melabur lebih banyak dana dalam pembangunan sukan.
Apabila ekonomi sesebuah negara itu maju, kerajaan berupaya untuk memberikan lebih banyak perhatian kepada bidang-bidang lain seperti sukan dan oleh itu pemilihan atlit berpotensi boleh dibuat sekaligus mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk mereka. UK membelanjakan lima kali ganda untuk kemajuan arena sukannya, daripada 50 juta pound kepada 250 juta pound dalam tempoh 2000 hingga 2012. Oleh yang demikian, jumlah pingat yang dimenangi UK juga merekodkan peningkatan yang sewajarnya. Populasi juga dianggap sebagai satu kelebihan dalam memburu emas Olimpik. Negara-negara yang mempunyai saiz populasi penduduk lebih besar dilihat lebih mudah untuk mencari pelapis dan bintang sukan masa hadapan.
Walau bagaimanapun, saiz populasi penduduk tidak akan mempengaruhi kejayaan sesebuah negara jika kerajaan gagal untuk mengambil berat tentang kesejahteraan rakyatnya. India, negara kedua yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi di dunia, hanya berjaya mengumpul 2 pingat (perak dan gangsa) dalam kejohanan Sukan Olimpik 2016. Sementara itu, New Zealand, negara yang mepunyai saiz penduduk sekitar 4.6 juta orang, berjaya memenangi 18 buah pingat, termasuk empat emas. Kesimpulannya, kesejahteraan rakyat adalah penting sebagaimana ia akan membawa kepada kejayaan dalam ekonomi dan juga Sukan Olimpik.