
Kerajaan China telah mengurangkan harga untuk bahan api. Berikutan pengumuman Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China (NDRC) pada 18 September lalu, bahan api petrol dan diesel di China masing-masing kemerosotan sebanyak 155 yuan dan 150 yuan setiap tan,
perancang ekonomi utama negara mengambil keputusan itu disebabkan oleh faktor perubahan dalam harga minyak mentah global. Ini adalah merupakan kali keempat kerajaan China mengumumkan pengurangan harga minyak sejak awal tahun ini.
NDRC berkata ia akan memantau kesan mekanisme harga semasa bagi pasaran bahan mentah dan, jika perlu, akan membuat pindaan ke atasnya. Sejak Januari 2016, China telah mengurangkan harga untuk bahan api dan petrol sebanyak empat kali, sementara ia telah menaikkan harga sebanyak enam kali dan telah meninggalkan harga tidak berubah sebanyak lapan kali. Secara keseluruhanya, sejak awal tahun ini, harga bagi petrol dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 315 yuan dan 305 yuan setiap tan.