
Minggu ini adalah merupakan minggu penting bagi pasaran minyak sebagaimana mesyuarat yang telah lama ditunggu-tunggu oleh negara pengeluar minyak mentah kini dijadualkan sedang berlansung di Algiers, di mana pengeluar terbesar di dunia sedang membincangkan langkah-langkah untuk mengehadkan pegeluaran.
Peniaga mengikuti perkembangan laporan mengenai mesyuarat ini.
Pada penghujung minggu lepas, harga minyak jatuh mendadak selepas Reuters melaporkan bahawa Iran telah menolak cadangan Arab Saudi untuk menghadkan pengeluaran minyak sebagaimana pertukaran untuk Riyadh dimana pembekuan pengeluaran pada paras semasa sebanyak 3.6 juta tong sehari. Selepas laporan itu diumumkan, harga menjunam lebih daripada 3%.
Sementara itu, pakar-pakar mengatakan bahawa mesyuarat di Algiers akan mencapai hasil keputusan yang tidak begitu baik. Sepanjang bulan lalu, lebihan bekalan telah meningkat tiga kali ganda, daripada 200,000 tong sehari kepada 600,000 tong sehari.
Rusia mencatatkan jumlah pengeluaran ke paras tertinggi, Arab Saudi meningkatkan keluarannya, Libya dan Nigeria mencatatkan peningkatan pengeluaran minyak di tengah-tengah pemulihan gangguan bekalan. Walaupun negara mencapai kompromi dan membekukan pengeluaran minyak pada paras semasa, ia tidak akan membantu kenaikkan harga.
Terdahulu, mesyuarat bersama negara-negara pengeluar minyak telah diadakan di Qatar. Namun, ksemua pihak gagal untuk mencapai persetujuan sebagaimana Iran bersedia untuk membekukan pengeluaran hanya selepas mencapai pra-sekatan tahap pengeluaran. Pada hari ini, pengeluaran harian Iran adalah 3.6 juta tong, menandakan hasil positif mesyuarat yang berpotensi.