logo

FX.co ★ Rusia menimbulkan keraguan ke atas perjanjian pembekuan pengeluaran minyak

Rusia menimbulkan keraguan ke atas perjanjian pembekuan pengeluaran minyak

Rusia menimbulkan keraguan ke atas perjanjian pembekuan pengeluaran minyak

Wakil-wakil negara-negara pengeksport minyak terbesar mengetengahkan isu hangat mengenai pengurangan kadar pengeluaran minyak. Menurut pendirian rasmi, lebihan minyak mentah dunia telah menyebabkan harga minyak kekal di bawah paras AS$50 setong. Hanya usaha bersama boleh membawa pasaran minyak kembali stabil.

Walau bagaimanapun, di sebalik perbincangan teliti terdapat beberapa pengeksport utama seperti Iran, Iraq, dan Arab Saudi yang meningkatkan pengeluaran minyak sepanjang tahun. Rusia adalah tidak terkecuali. Pengeluaran minyak Rusia melonjak tinggi mengatasi rekod sejarah menjelang rundingan tidak rasmi dengan rakan-rakan pengeluar minyak pada penghujung September. Pengerudian minyak Rusia telah mengepam sebanyal 11.75 juta tong sehari pada September, purata bulanan tertinggi sejak era Soviet. Kementerian Tenaga Rusia melaporkan pengeluaran minyak domestik meningkat 2.4% kepada 363.7 juta tan dari Januari hingga Ogos. Pada masa yang sama, Presiden Rusia Putin berkata beliau yakin pengeluar boleh mengatasi perbezaan akibat daripada cadangan pembekuan kadar pengeluaran pada April. Selain itu, Rusia akan bersedia untuk membendung krisis pengeluaran pada mana-mana bulan di separuh kedua tahun ini, Menteri Tenaga, Alexander Novak memberitahu pada sidang kemuncak G20 di China. Menurut pegawai-pegawai Rusia, ketidakseimbangan penawaran dan permintaan dalam pasaran minyak global telah berkurangan secara beransur-ansur. Pada bulan Ogos-Oktober tahun lalu, kami menyaksikan lebihan bekalan untuk bahan-bahan mentah melebih penggunaan. Tawaran ini kini sedang giat digunakan, Naib Menteri Tenaga Kirill Molodtsov memberikan ulasan.

Mesyuarat OPEC di Algiers berakhir dengan perjanjian awal pada pengurangan pengeluaran sederhana. Sesetengah penganalisis berkata risiko kekecawaan dengan perjanjian itu adalah tinggi sama seperti butiran mengenai pelaksanaannya yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kartel seterusnya yang dijangka akan berlangsung pada November hadapan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan