logo

FX.co ★ Jack Dorsey bakal menjual Twitter

Jack Dorsey bakal menjual Twitter

Jack Dorsey bakal menjual Twitter

Menjual sesebuah perniagaan yang telah sedia ada merupakan satu perkara serius. Padangan daripada sebelah sudut menunjukkan bahawa ia adalah agak mudah untuk menjual "set lengkap". Namun pada sudut yang lain, ia agak sukar untuk melepaskan sesuatu yang anda miliki hasil daripada titik peluh dan kesungguhan anda. Walau bagaimanapun, segala-galanya mempunyai nilai dan ini adalah sebab mengapa ramai syarikat yang sanggup menawarkan diri untuk membeli.

supaya pembeli tidak akan lama untuk datang.

Oleh itu, legenda Twitter mengumumkan penjualan asetnya. Sebahagian orang dalam mengatakan bahawa pemilik twitter itu kini sedang berbincang mengenai nilai potensi syarikat yang kini dianggarkan pada AS$ 16.7 bilion. Tiada laporan rasmi diterima, tetapi beberapa maklumat yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa pakar-pakar dari Goldman Sachs dan Allen & Co menawarkan diri untuk mencari pembeli. Salesforce.com dinamakan sebagai salah satu pembida utama untuk Twitter. Pakar-pakar bebas percaya bahawa Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Jack Dorsey dan kakitangan penting akan meninggalkan twitter dan melancarkan projek baru.

Walaupun kenyataan Twitter telah mencatatkan keputusan kewangan yang negatif untuk beberapa pihak berturut-turut, nilai agak tinggi dalam terma pasaran. Pada masa yang sama, aplikasi Vine dan MoPub yang juga milik Twitter berpotensi untuk meningkatkan nilai syarikat kepada AS$ 18 bilion. Dilaporkan, Alphabet, Apple dan media maestro Rupert Murdoch yang memiliki 21st Century Fox dan News Corp juga berminat untuk membeli Twitter.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan