
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata di laman Twitter bahawa beliau akan meninggalkan urusan perniagaan sepenuhnya sebelum beliau mengambil alih jawatan pada Januari hadapan.
"Walaupun saya tidak diberi mandat oleh undang-undang untuk berbuat demikian, saya akan meninggalkan perniagaan saya sebelum 20 Jan supaya saya boleh memberikan sepenuh tumpuan sebagai Presiden dan mengelak tanggapan konlflik kepentingan," katanya. "Dua daripada anak-anak saya, Don dan Eric, bersama eksekutif-eksekutif lain, akan menguruskan perniagaan. Tiada urus niaga baru akan dilakukan selama saya memegang jawatan presiden AS, "katanya.
Selain itu, Trump turut mengumumkan sidang akhbar yang telah lama ditunggu-tunggu. Beliau memberitahu mengenai rancangannya dalam tweet lain: "Saya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk membincangkan perniagaan, memilih ahli Kabinet dan semua topik lain yang menarik".
Pada asalnya, Trump merancang untuk mengadakan sidang media pada 15 Disember, tetapi ditangguhkan sehingga Januari. Sebelum kemenangan besar beliau pilihan raya itu, perniagaan Trump memberi tumpuan kepada hartanah dan harta intelek. Menurut senarai Forbes seramai 400 orang terkaya di Amerika pada 2016, kekayaan beliau dianggarkan berjumlah $ 3.7 bilion, oleh yang demikian, nama beliau tersenarai di kedudukan ke-113 di Amerika Syarikat.
Menariknya, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berjanji untuk menjual perniagaannya lebih daripada sekali. Beberapa hari lalu, katanya dalam satu temu bual dengan BBC bahawa beliau tidak dapat menjual kilang konfeksi beliau kerana kekurangan pembeli sebagaimana negaranya terlibat dalam perang.