
China menyatakan bantahannya terhadap Amerika Syarikat selepas rang undang-undang dasar pertahanan AS telah ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Barack Obama. Rang undang-undang itu meliputi rancangan untuk menjalankan pertukaran ketenteraan dengan Taiwan.
Sebahagian daripada AS$618.7 bilion Akta Kebenaran Pertahanan Negara akan digunakan untuk memperluaskan kerjasama ketenteraan di antara Amerika Syarikat dan Taiwan.
Kementerian Luar China berkata ia telah menjadikan "perwakilan tegas" dengan Amerika Syarikat sebagaimana Taiwan adalah wilayah China, oleh itu semua hubungan dengan kepulauan itu adalah dibawah urusan negara China.
"Kami menggesa pihak AS untuk mematuhi janji-janji yang telah dibuat kepada China mengenai isu Taiwan, menghentikan kontrak ketenteraan AS-Taiwan dan penjualan senjata kepada Taiwan, untuk mengelakkan hubungan China-AS, keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan terjejas," Kementerian Luar China itu memberitahu dalam satu kenyataan.
China turut melahirkan rasa marah selepas bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memnghubungi Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen melalui panggilan telefon.
Selepas dikalahkan oleh Komunis pada tahun 1949, angkatan nasionalis China melarikan diri ke Taiwan. Sejak itu, China telah menggunakan kekerasan untuk mengukuhkan kuasanya di kepulauan itu.