
Menurut data awal yang disediakan oleh Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS)Republik Rakyat China, pertumbuhan ekonomi China mencatatkan 6.7% pada tahun 2016.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh NBS, sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi global melebihi 30%. Menjadikan China sebagai enjin pertumbuhan global terbesar.
Institusi ini menunjukkan kecenderungan baru telah membentuk di China. Walaupun pertumbuhan ekonomi negara adalah perlahan, KDNK China masih pada tahap yang tinggi.
Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Republik Rakyat China, Xu Shaoshi berkata pada 2016, ekonomi negara berkembang 5 trilion renminbi, melebihi 70 trilion renminbi, atau $10.1 trilion. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan impak China pada KDNK global adalah 1.2% berbanding dengan impak 0.3% oleh Amerika Syarikat.
Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan ekonomi global pada kadar 2.4% pada 2016.