
Menurut CoinDesk, semasa sesi dagangan yang diadakan pada 2 Mac, harga Bitcoin mencapai $1,238 atau satu dolar lebih tinggi berbanding satu auns emas. Ini merupakan rekod harga tertinggi terbaru bitcoin.
Bermula pada awal tahun ini, pertumbuhan Bitcoin mencerminkan arah aliran menaik dalam pasaran saham. Selain itu, kenaikkan mata wang crypto itu telah didorong oleh spekulasi bahawa ETF Bitcoin akan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Keputusan akan diketahui selewat-lewatnya 11 Mac.
Sementara itu, harga emas diniagakan tidak banyak berubah pada tahun lalu dan turun naik antara $1.150 dan $1.300 untuk satu auns troy.
Bitcoin adalah mata wang crypto yang dibangunkan atas dasar teknologi blockchain. Menurut dana pelaburan Sepanyol, Santander InnoVentures, blockchain akan dapat membantu menyelamatkan kira-kira $20 bilion setahun disebabkan oleh pengurangan kos urus niaga.
Kementerian Kewangan Rusia mengemukakan rang undang-undang yang mengharamkan operasi pertukaran yang melibatkan mata wang crypto. Pada Mac 2017, Kementerian Kewangan Rusia mula menghuraikan rang berkaitan dengan mata wang crypto, yang mana, jika diluluskan, mungkin akan menyebabakan pesalah undang-undang berakhir di dalam penjara. Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah diputuskan untuk ditangguhkan susukan komen Kementerian Kehakiman Rusia.