
Bidang kewangan Korea Utara telah dilanda masalah. Sistem transaksi SWIFT telah menghalang Korea Selatan untuk mendapatkan akses kewangan dari rangkaian globalnya.
SWIFT adalah kata singkatan kepada Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Seluruh Dunia. Ia diasaskan pada tahun 1973; Ibu Pejabat terletak di Brussels. Pada masa kini, lebih 10,000 syarikat termasuk 1,000 badan korporat yang menggunakan SWIFT. Lebih daripada satu juta transaksi dijalankan setiap hari melalui sistem perbankan ini. Oleh yang demikian, ia pasti memberi tekanan yang berat kepada bank-bank Korea Utara yang dihalang daripada menggunakan perkhidmatan penting ini. Terdapat dua puluh institusi kewangan dalam senarai hitam SWIFT termasuk Bank of East Land, Korea Daesong Bank dan Korea Kwangson Banking. Apabila negara 'closed-off' dikenakan sekatan ini, ia mungkin kurang terkesan. Tetapi tidak untuk Korea Selatan. Kesan daripada pengantungan akses ini boleh menjejaskan ekonomi Korea Utara.
Korea Utara bukan satu-satunya negara yang telah diletakkan di bawah sekatan. SWIFT baru-baru ini telah menggantung akses bagi Iran untuk sistemnya. Walau bagaimanapun, Iran tidak memutuskan semua hubungan ekonomi dan kewangan selepas dikenakan sekatan ke akses. Pada awalnya, bank-bank Iran menghadapi beberapa masalah, tetapi bidang kewangannya berjaya bertahan. Sementara utuk Korea Selatan, keadaan bank-bank di negara tersebut diramal akan mengalami masalah yang lebih besar kesan daripada penggantungan ini kerana ia boleh menyebabkan bankrup dan keadaan ekonomi yang lebih ketat di negara ini.