
Imbangan perdagangan di zon euro menurun atau mengalami €0.6 bilion defisit pada Januari 2017 berbanding dengan rekod Disember 2016 yang mencatatkan lebihan sebanyak €28.1 bilion.
Pada Januari 2016, lebihan dagangan berjumlah €4.8 bilion. Para penganalisis menjangkakan lebihan dagangan di zon euro pada €26 bilion pada tempoh laporan ini.
Eksport dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) ke negara-negara bukan ahli meningkat sebanyak 13% pada Januari kepada €163.9 juta berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Import meningkat 17% kepada €164.5 juta.
Dalam EU 28, defisit imbangan perdagangan dengan negara-negara bukan ahli adalah €16.2 bilion berbanding dengan lebihan sebanyak €20.9 bilion pada Disember 2016 manakala defisit sebanyak €12.1 bilion pada Januari 2016.