logo

FX.co ★ Keuntungan syarikat-syarikat S&P 500 meningkat sebanyak 9% pada Suku Pertama

Keuntungan syarikat-syarikat S&P 500 meningkat sebanyak 9% pada Suku Pertama

Keuntungan syarikat-syarikat S&P 500 meningkat sebanyak 9% pada Suku Pertama

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh FactSet, pendapatan bagi syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) yang tersenari di dalam indeks S&P 500 mungkin meningkat sebanyak 9% pada asas tahunan pada suku pertama.

Ini adalah daripada peningkatan 4.9% pada suku keempat tahun 2016 tetapi di bawah bacaan ramalan yang mengunjurkan kenaikkan sebanyak 12.3%. Sementara itu, S&P 500 telah berkembang sebanyak 6.2% pada tahun ini dan menghampiri rekod paras tinggi.

Ramalan keuntungan sebahagian besarnya bergantung kepada dasar Presiden baru AS, Donald Trump mengenai pengurangan cukai dan peningkatan perbelanjaan infrastruktur, menurut penganalisis. Pada masa ini, pasaran tidak mempunyai idea khusus mengenai cara Trump akan menunaikan janjinya.

Selain itu, para pelabur menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih perlahan berbanding ramalan. Pada Februari, Fed Atlanta telah mengunjurkan pertumbuhan pada kadar 3.4% bagi tempoh Januari-Mac. Tetapi ramalan telah dikurangkan kepada 0.9% selepas itu.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan