logo

FX.co ★ Yuan mengukuh ke paras tinggi satu bulan

Yuan mengukuh ke paras tinggi satu bulan

Yuan mengukuh ke paras tinggi satu bulan

Pada awal minggu dagangan, yuan meningkat di tengah-tengah penurunan dolar berbanding mata wang utama. Kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) adalah disebabkan oleh kegagalan Presiden Trump untuk memansuhkan dan menggantikan Obamacare. Ini mencetuskan kebimbangan terhadap keupayaannya untuk melaksanakan rancangan perubahan dasar fiskal.

Kadar pariti pusat renminbi diperkukuhkan dengan 144 mata asas kepada 6.8701 berbanding dolar AS, menurut Sistem Perdagangan Pertukaran Asing China. Ini ialah paras tertinggi sejak 24 Februari.

Dalam pasaran pertukaran asing, yuan diniagakan pada 6.8773 berbanding dolar dalam dagangan awal dan pada 6.8735 sewaktu sesi dagangan tengahari. Berbanding dengan harga penutupan sebelumnya, yuan diperkukuhkan lebih daripada 100 mata.

Sementara itu, indeks dolar, yang mengukur nilai dolar Amerika Syarikat berbanding dengan sekumpulan mata wang asing, turun kepada 99.285 di pertengahan hari, paras terendah sejak 2 Februari.

Sejak dua minggu lalu, keyakinan dalam kebanyakan mata wang Asia telah bertambah baik selepas komen yang dikeluarkan Rizab Persekutuan pada baru-baru ini menunjukkan pendirian yang kurang agresif berbanding yang telah dijangkakan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan