
Media massa dunia melaporkan bahawa Jerman memiliki hutang yang besar pada NATO dan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan sistem pertahanan Jerman. Masalahnya timbul apabila negara-negara NATO berjanji pada tahun 2014 untuk menghabiskan 2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka untuk pertahanan. Walau bagaimanapun, sumbangan Jerman jatuh di bawah 2% dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Presiden Amerika Syarikat menganggarkan kurang perbelanjaan (underspending) Jerman pada perikatan dalam tempoh 12 tahun dan menambahkan faedah. Pada sidang kemuncak itu, yang telah berlangsung pada baru-baru ini di Washington DC, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyerahkan sejumlah $375 bilion kepada Canselor Jerman, Angela Merkel. Trump memohon untuk mengadakan rundingan peribadi di Rumah Putih.
Menurut sumber-sumber yang mempunyai maklumat dalam kerajaan Jerman, Angela Merkel memberi respon kepada permohonan Trump dengan tenang. Kedua-dua pemimpin menunjukkan sedikit titik persamaan mengenai isu ini. Dalam lawatannya ke Washington, Merkel mengesahkan komitmen Jerman untuk sasaran 2% dalam perbelanjaan tentera.